KANDUNGAN
- ISLAMISLAM adalah ugama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya.Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa, manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang bangsa dan ugama yang mengamalkan pelbagai bahasa, budaya, pakaian dan adat resam.Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad s.a.w.Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad s.a.w di sisiNya.
- Rukun ISLAMRukun Islam ada lima (5) perkara :(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat - Rukun ImanRukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
- Fardhu AinFardu Ain merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakansolat lima waktu dalam sehari semalam.
- Fardu KifayahFardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal.Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup. Lain dari Sembahyang Jumaat yang merupakan Fardu Ain. Setiap Islam(lelaki) dimestikan solat jumaat.
- 25 orang Rasul
Rasul yang wajib diketahui
Antara para nabi dan rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:- Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
- Nabi Idris a.s.
- Nabi Nuh a.s.
- Nabi Hud a.s.
- Nabi Salih a.s.
- Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
- Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
- Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq a.s.)
- Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail a.s.)
- Nabi Ya'akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
- Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
- Nabi Ayub a.s.
- Nabi Syu'aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
- Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
- Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
- Nabi Zulkifli a.s.
- Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
- Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
- Nabi Ilyas a.s.
- Nabi Ilyasa’ a.s.
- Nabi Yunus a.s.
- Nabi Zakaria a.s.
- Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
- Nabi Isa a.s.
- Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)
Sebahagian daripada nabi dan rasul ini diberikan kitab. - Al-QuranAl-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat denganLailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.
- Sejarah IslamIslam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
- Perubatan IslamDalam sejarah perubatan, perubatan Islam atau perubatan Arab merujuk kepada perubatan yang dibangunkan pada zaman pertengahan Islam dan ditulis dalam bahasa Arab, lingua franca tamadun Islam. Walaupun namanya sedemikian, banyak ahli sains sewaktu zaman itu bukanlah orang Arab. Sesetengah pakar menganggap bahawa label "Islam-Arab" sebagai tidak tepat dari segi sejarah, dan mendebatkan bahawa label itu langsung tidak menghargai kepelbagaian sarjana Timur yang kaya yang telah memberi sumbangan kepada sains Islampada zaman itu.[1] Terjemahan karya perubatan Arab dalam bahasa Latin amat mempengaruhi pembangunan perubatan moden, sebagaimana dengan teks Arab yang membabadkan karya perubatan budaya-budaya yang lebih awal.
No comments:
Post a Comment