eBook Muslim






Ruangan ini disediakan untuk memberikan kemudahan kepada sesiapa yang berminat mencari bahan-bahan bacaan atau rujukan mengenai ibadah atau Islam.
Kitab yang disediakan di sini adalah berformat PDF. Anda boleh download sebanyak mana yang anda perlukan, semuanya percuma. Ruangan ini akan di update dari masa ke semasa. Semoga kerja baik ini mendapat manfaat kepada semua.
  1. Jalan Dakwah 

  2. Idahah Fi Manasik Nawawi 

  3. Fardhu Ain Asas 

  4. Dakwah Fardiah 

  5. Aula Wiyyat 

  6. Asas-asas Islam 

  7. Asas-asas Sistem Islam 

  8. Adab Istinjak 




Panduan Haji Umrah

Ketahui Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah Yang Menyentuh Dimensi Pendidikan, Motivasi dan Pengetahuan Bahasa Arab.





==================================================================

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/766/_KEABADIAN_BARU_BERMULA_







Rahsia Hukum Tarikan - Kejayaan Dan Kebahagiaan Dalam Tangan Anda

Rahsia menarik kekayaan, kejayaan, kesenangan, kebahagiaan, perhubungan dan apa sahaja keinginan anda!






============================================






http://www.harunyahya.com/malaysian/relativiti.php





Kamus Tafsir Mimpi

Kaedah Al-Quran Pertama Seumpamanya Di Malaysia





=====================================================================



http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/4758/_KEAJAIBAN_AL-QUR%E2%80%99AN_

==============================================================

Kisah Ka’ab Bin Malik

Diterbitkan pada 6/05/2011. 4 komen diterima. Cetak | Emel
Dan (Allah menerima taubat) tiga orang yang ditangguhkan (taubat), sehinggakan bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; Kemudian Allah menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah, Dialah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
(At-Taubah, 118)
Tiga orang yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Al-Rabi. Mereka bertiga tidak menyertai Perang Tabuk bersama Rasulullah, membuatkan Rasulullah dan Allah murka kepada mereka.
Hayati kisah ini yang diceritakan sendiri oleh Ka’ab bin Malik, sepertimana yang dipetik dan diterjemahkan dari Tafsir Fi Dzilalil Quran oleh Syed Qutb. Sungguh, kisah ini benar-benar membuatkan saya syahdu dan menangis:
Aku tidak pernah ketinggalan, apabila Rasulullah s.a.w berangkat ke medan perang, kecuali ketika Perang Badar. Allah dan RasulNya tidak menyalahkan sesiapa yang enggan menyertai perang Badar tersebut, kerana Rasulullah bertolak dari Madinah untuk memintas kabilah-kabilah pedangang Quraisy. Pertempuran tersebut berlaku tanpa ada sebarang persediaan awal.
Padahal aku pernah menyertai Bai’ah kaum Ansar terhadap Rasulullah di Aqabah, tatkala aku menerangkan komitmen aku terhadap Islam sejelas-jelasnya. Aku tidak rasa bersalah, tidak mahu menukar tempat aku di Aqabah ke ketika Perang Badar, walaupun Perang Badar itu lebih terkenal dari Perjanjian Aqabah itu.
Namun, aku gagal menyertai tentera-tentera ketika Perang Tabuk. Walhal aku ketika itu sihat walafiat dan tidak ada halangan untuk menyertainya. Aku hatta mempunyai dua kenderaan ketika itu.
Kebiasaannya, Rasulullah tidak mengumumkan dimanakah destinasi perang. Walaubagaimanapun, kali ini Rasulullah menetapkan satu destinasi yang jauh, dan tatkala cuaca sedang terik panas, Rasulullah menjelaskan bahawa mereka akan menyerang Byzantine. Jumlah muslimin yang menyertai angkatan perang tersebut, begitu ramai, sehinggakan tidak mampu untuk disenaraikan dalam rekod siapa yang menyertai.
Dalam keadaan ini, sesiapa yang bercadang untuk mengelat dan tinggal di Madinah, mungkin beranggapan bahawa Rasulullah tidak akan menyedari mereka. Melainkan sekiranya diwahyukan oleh Allah.
Rasulullah bercadang untuk berangkat ke medan perang, tatkala buah-buahan sedang masak ranum dan para muslimin selesa berehat di bawah teduhan pokok. Rasulullah dan kaum muslimin yang lain ketika itu, sedang sibuk bersiap-sedia menyiapkan kelengkapan perang. Aku, setiap hari keluar ke pasar untuk membeli kelengkapanku, namun setiap hari pulang tanpa membeli apa-apa kelengkapan. Aku sangkakan, aku akan sempat membeli kelengkapan perang tersebut untuk diriku sebelum berangkat pergi. Namun, aku tetap bertangguh-tangguh, sehinggalah tiba masanya para tentera muslimin untuk berangkat bertolak. Rasulullah dan para muslimin lain sudahpun berangkat, sedangkan, aku masih belum pun lagi bersedia dengan kelengkapanku.
Aku, tetap lagi bertangguh. “Ah, aku masih sempat membeli kelengkapan-kelengkapanku dalam sehari dua ini, dan sempat mengejar dan menyertai mereka yang lain,”
Sehari, dua, aku masih lagi gagal membeli kelengkapan perangku. Sedangkan ketika itu, pastilah angkatan tentera muslimin sudah jauh di tengah jalan. Aku membuat keputusan untuk segera bertolak, mengejar mereka. Aku harap aku laksanakan keputusan aku itu, tetapi aku tidak melaksanakannya.
Setiap kali keluar dari rumah (setelah Rasulullah dan tentera muslimin berangkat), aku melihat mereka yang tinggal di Madinah hanyalah para munafiq. Takpun, para muslimin yang tidak mampu menyertai perang. Padahal aku bukanlah terdiri daripada kedua-dua golongan tersebut.
Aku diberitahu kemudiannya, bahawa Rasulullah tidak bertanya pun mengenai aku, sehinggalah angkatan mereka tiba di Tabuk. Baginda bertanya kepada salah seorang yang berada di sana, “Apa yang terjadi kepada Ka’ab bin Malik?” Seorang lelaki dari Bani Salamah menjawab, “Ya Rasulullah, kekayaan dan keangkuhan Ka’ab telah membuatkannya tidak menyertai kita”. Tatkala mendengar sedemikian, Muadz bin Jabal berkata, “Celaka engkau! Rasulullah, kita tidak pernah menganggap Ka’ab sedemikian!”
Tak berapa lama kemudian, aku mendengar Rasulullah dan para sahabat sudah memulakan perjalanan pulang dari Tabuk. Aku berasa amat sedih dan serba salah. Takkan aku hendak berbohong kepada Rasul? Aku mula memikirkan, apakah yang akan aku beritahu kepada Baginda menjelang ketibaannya esok, agar Baginda tidak murka kepadaku. Aku bertanya, meminta pertolongan dari seisi rumahku. Apabila diberitahu bahawa Rasulullah akan tiba tak lama lagi, aku sedar bahawa aku tidak mahu berbohong kepada baginda. Aku sedar, bahawa pilihanku hanyalah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Aku nekad, untuk memberitahu perkara yang sebenar.
Kemudiannya Rasulullah pun tiba di bandar Madinah. Seperti kebiasaan, tatkala Baginda tiba dari bermusafir, baginda akan segera berkunjung ke masjid dan menunaikan solat dua rakaat sebelum bertemu penduduk-penduduk lain. Setelah baginda solat, para penduduk yang tidak menyertai angkatan perang bertemu dengan baginda, dan menyatakan alasan-alasan mereka. Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa alasan mereka benar. Ketika itu, lebih 80 orang ada. Rasulullah menerima penjelasan mereka dan sumpah mereka, dan berdoa kepada Allah bagi mengampuni mereka, dan menyerahkan segala keputusan kepada Allah.
Aku kemudiannya menuruti Rasulullah dan menyapa Baginda. Baginda membalas dengan sebuah senyuman kemarahan. Baginda menyuruh aku mendekatinya. Aku mendekati Rasulullah dan duduk dihadapan baginda. Baginda bertanya kepadaku, “Apa yang menyebabkan engkau tinggal di belakang, Ka’ab? Adakah engkau tidak membeli kenderaanmu?”
Aku menjelaskan segalanya kepada Rasulullah. “Ya Rasulullah, seandainya aku sedang berbicara dengan mana-mana manusia lain didunia ini selain engkau, maka aku akan berbohong memberikan alasan agar dia tidak marah. Aku boleh beralasan. Tapi aku tahu dengan pasti, bahawa jikalau aku berbohong dan beralasan denganmu bagi menjaga hatimu, Allah akan memberitahumu kebenaran dan engkau akan murka kepadaku. Manakala jika aku memberitahumu perkara yang sebenar dan engkau murka kepadaku, aku berharap Allah akan mengampuniku. Demi Allah, aku tidak ada alasan apa-apa. Kesihatan aku baik, hidup aku juga senang-lenang tanpa kesusahan, ketika aku tidak menyertai angkatan perang.”
Rasulullah menjawab, “Engkau telah berkata benar, Ka’ab. Nantilah keputusan Allah terhadapmu,”
Tatkala aku beredar, beberapa orang lelaki dari Bani Salamah mengekoriku dan berkata, “Kami tak pernah tahu engkau berbuat dosa sebelum ini. Sepatutnya engkau berbohong sahaja dan beralasan kepada Rasulullah sepertimana orang-orang lain lakukan! Kan tidak menjadi masalah, manakala Rasulullah akan mengampunkan engkau dan berdoa agar Allah mengampunkan engkau, sepertimana orang-orang lain!”
Mereka terus-terusan berkata kepadaku, sehinggakan aku sampai terfikir untuk kembali ke Rasulullah dan berbohong kepada beliau. Sebelum itu, aku bertanya kepada mereka, adakah lagi orang lain yang sepertiku, yakni memberitahu Rasulullah perkara yang sebenar? Mereka memberitahu aku, bahawa Murarah ibnu Al-Rabi’ dan Hilal bin Umayyah juga tidak menyertai angkatan perang dan berterus terang kepada Rasulullah s.a.w sepertiku. Aku mengenali mereka berdua ini mukmin yang baik. Aku sedar bahawa yang terbaik untuk aku lakukan sekarang ini, adalah untuk bersama-sama menyertai mereka.
Rasulullah mengarahkan para sahabat, untuk tidak bercakap/berkomunikasi dengan kami bertaga. Baginda tidak pula mengarahkan perkara yang sama terhadap orang lain yang tidak menyertai perang. Kini, semua orang mengelak dari bertemu kami. Sikap mereka berubah. Aku berasa sangat dukacita, sehinggakan aku tidak tahu siapa lagi aku sebenarnya dan dari golongan manakah aku ini. Ini bukan lagi bandar tempat tinggalku. Duniaku dah berubah. Hampir 50 hari, kami dipulaukan sebegini.
Kedua-dua yang lain, Murarah ibn Al-Rabi dan Hilal bin Umayyah, masing-masing berkurung dalam rumah sendiri. Aku adalah yang termuda antara kami bertiga. Aku tetap juga keluar dari rumah, dan menyertai solat berjemaah bersama-sama muslimin lain. Aku menziarahi pasar seperti biasa, namun tidak ada orang yang mahu bercakap denganku. Aku juga bertemu Rasulullah dan bertegur sapa dengan baginda setelah selesai solat. Aku berfikir-fikir dan tertanya-tanya kepada diriku sendiri, “Bergerak kah mulut Rasulullah menjawab salamku?” Aku akan bersolat rapat dengan baginda, dan mengintai-intai baginda. Apabila aku sedang khusyuk bersolat, baginda memandangku, namun apabila aku memandang baginda, baginda mengalihkan pandangannya daripadaku..
Setelah lama berlalu, boikot daripada kaum muslimin ini semakin memuncak. Aku memanjat sebuah dinding kebun buah milik sepupu ku, Abu Qatadah, yang rapat denganku. Aku bertanya kepada beliau, “Abu Qatadah, aku mendesak engkau demi Allah untuk menjawab soalanku, engkau tahu kan yang aku sangat mencintai Allah dan RasulNya?” Namun beliau tidak menjawab. Aku mengulangi soalan yang sama, tiga kali. Namun beliau masih enggan menjawab..
Aku memaksanya buat kali terakhir, hingga akhirnya beliau menjawab – “Allah dan RasulNya sahaja yang lebih mengetahui”. Air mataku bercucuran mengalir.
Aku pergi ke pasar dan sedang aku berjalan, aku melihat seorang orang asing, mungkin dari Syria, bertanyakan kepada orang ramai mengenai aku. Orang ramai menunjukkan jari mereka kepadaku. Orang asing tersebut menghampiriku, dan menyerahkan aku sepucuk surat dari Raja Ghassan, Bani Arab di Syria. Surat tersebut ditulis diatas sehelai sutera,
“Kami mengetahui bahawa engkau sedang diboikot oleh para muslimin. Tuhan telah meletakkan engkau dalam kehinaan. Sertailah kami, jika engkau menyertai kami, kami akan menghilangkan kesusahan engkau,”
Tatkala aku membaca surat tersebut, aku sedar bahawa ianya satu ujian keatas kejujuranku kepada Islam. Alangkah hinanya aku ketika itu, sehinggakan orang kafir menganggap mereka boleh berjaya mengajakku menyertai mereka. Aku mencampakkan surat tersebut ke dalam ketuhar dan membakarnya.
Apabila kami telah melalui 40 hari dalam keadaan sedemikian, seorang pesuruh Rasulullah datang kepadaku dan memberitahu, “Rasulullah mengarahkan engkau agar menjauhi isterimu”. Aku bertanya kembali, adakah ini bermaksud aku kena menceraikan isteriku, dan beliau menafikan. Rasulullah hanya menyuruh aku agar menjauhi isteriku. Kedua-dua rakanku yang lain turut mendapat arahan yang serupa. Aku menyuruh isteriku untuk kembali ke rumah keluarganya, dan tinggal disana sehingga Allah menyampaikan keputusanNya.
Hilal bin Umayyah, merupakan seorang lelaki tua. Isterinya datang kepada Rasulullah, merayu “Ya Rasulullah, Hilal bin Umayyah itu telah tua dan tidak mempunyai khadam. Bolehkah aku untuk terus kekal disisinya, menjaganya?” Rasulullah menjawab, “Boleh, tetapi jangan biarkan dia menghampirimu (tidur bersama).” Isteri Hilal berkata, “Demi Allah, beliau tidak pernah terfikir pun untuk bermesra denganku. Beliau tidak henti-henti menangis, sejak perkara ini terjadi. Aku risaukan kesihatan penglihatannya!”
Sesetengah ahli keluargaku mencadangkan untuk aku meminta izin dari Rasulullah, bagi membenarkan isteriku menjaga aku. Aku menjawab, “Aku tidak mahu memintanya dari Rasulullah. Aku tidak tahu apa jawapan baginda, sedangkan aku ini masih lagi muda (tidak seperti Hilal)”
10 malam berlalu lagi, menjadikannya genap 50 malam sejak Rasulullah mengarahkan kaum muslimin untuk tidak bercakap dengan kami. Pada subuh malam ke 50, aku bersolat di bumbung rumahku. Aku masih lagi dalam keadaan berdukacita. Dunia seakan-akan mencekikku, membuatkanku sesak nafas, sehingga aku tidak lagi tahu siapa diriku sebenarnya. Tatkala aku selesai solat subuh, aku mendengar seseorang menyebut dari arah Gunung Thal: “Ka’ab bin Malik, bergembiralah!” Aku sedar, penderitaanku telah tamat, lantas aku segera bersujud kepada Allah.
Rupa-rupanya, Rasulullah telah mengumumkan kepada sekalian makmum setelah selesai solat berjemaah Subuh, bahawa Allah telah mengampuni kami bertiga. Para sahabat berkejaran ke rumah kami, untuk memberitahu kami berita gembira tersebut. Seorang daripada mereka memecut dengan kuda mencariku, manakala seorang lagi dari Bani Aslam melaungkan berita tersebut kepadaku dari puncak sebuah bukit. Suara beliau lebih laju dari kuda tersebut!
Tatkala aku mendengar berita gembira tersebut, itulah berita paling gembira buatku. Aku menghadiahkan lelaki tersebut dua pasang pakaian sebagai tanda penghargaan. Demi Allah, itulah sahaja pakaianku yang masih tinggal! Aku lantas meminjam 2 pasang pakaian lain, dan segera mencari Rasulullah. Setiap kumpulan muslimin yang berselisih denganku, mengucapkan tahniah kepadaku. “Tahniah kerana Allah telah mengampuni kamu”!
Aku memasuki masjid dan aku melihat Rasulullah sedang duduk, dikelilingi beberapa sahabat. Talhah bin Ubaidillah segera mendapatkanku, bersalam tangan denganku dan mengucapkan tahniah kepadaku. Dialah satu-satunya muhajirin yang berbuat sedemikian kepadaku. Aku takkan lupa, kebaikan Talhah.
Aku menghampiri Rasulullah, dan baginda bersabda kepadaku dengan wajah yang bercahaya – “Bergembiralah! Sesungguhnya inilah hari paling gembira buatmu sejak engkau dilahirkan!” Aku bertanya kepada baginda, adakah pengampunan ini daripada engkau ya Rasulullah, atau daripada Tuhan? Baginda menjawab, “Pengampunan ini adalah pengampunan Allah.” Sungguh, apabila Rasulullah gembira akan sesuatu, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
Aku duduk berhadapan Rasulullah, dan aku katakan kepadanya, “Ya Rasulullah! Aku akan melengkapkan taubatku, dengan menyedekahkan segala hartaku kepada kebajikan.” Rasulullah bersabda, “Simpanlah sedikit hartamu, sesungguhnya itu lebih baik buatmu”. Aku menjawab bahawa aku hanya akan menyimpan harta yang aku perolehi ketika Perang Khaibra. Aku memberitahu, bahawa sesungguhnya pengampunan keatasku hanyalah kerana aku memberitahu perkara yang benar, justeru aku bertaubat dengan tidak lagi akan bercakap bohong sepanjang hayatku.
Aku merasakan inilah rahmat Allah terbesar keatasku, sejak Dia memimpinku ke jalan Islam, iaitu bahawa aku bersikap jujur kepada Rasulullah ketika itu. Kalaulah aku berbohong dan mencipta alasan, tentulah aku juga sama seperti para orang lain (munafiq) yang berbohong kepada baginda. Allah telah menceritakan mengenai mereka, dalam ayat 95 dan 96,
“Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu (Muhammad) apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka). Oleh itu berpalinglah dari mereka, kerana sesungguhnya mereka itu kotor (kerana jiwa mereka sebati dengan kekufuran), dan tempat kembali mereka pula ialah neraka jahannam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan”
“Mereka bersumpah kepada kamu, supaya kamu redha terhadap mereka. Oleh itu jika kamu redha akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak redha akan kaum yang faasiq.”
Sejak dari itu, aku tidak pernah lagi dengan sengaja mahupun tidak sengaja, mengucapkan kata-kata dusta. Aku berdoa kepada Allah, semoga Dia menolongku berpegang kepada janjiku itu sehingga akhir hayatku.
==========================================================


 HOLY QURAN WORD BY WORD IN ENGLISH

Picture
HOLY QURAN WORD BY WORD in english full

======================================

HOLY QURAN INDONESIAN

Picture










====================






INDONESIAN QURANICTRANSLATION           DOWNLOAD

No comments:

Post a Comment