eBook Kesihatan






5 Makanan Yang Memberi Efek Cepat Kenyang!

19/10/2011 – 9:00 AM |
Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang? (1) Telur [...]




PERUBATAN & KESIHATAN
Obes, Buncit, Gendut atau Edema?

Obes, Buncit, Gendut atau Edema?

  Oleh : Mohd Syamirulah Rahim   Penuntut Tahun 5 Jurusan Perubatan Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia   Isu kegemukan atau obes terutamanya di kalangan murid sekolah menjadi perbincangan hangat masyarakat di Malaysia. Sesuatu yang positif mungkin boleh dikaitkan dengan perkembangan ini apabila sikap prihatin masyarakat tentang kesihatan dan perubatan semakin meningkat. Walaubagaimanapun, sebelum...
Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

  Oleh : Mohd Syamirulah Rahim   Penuntut Tahun 5 Jurusan Perubatan Nizhny Novgorod State Medical Academy, Russia Penyakit cacar atau smallpox merupakan sejenis penyakit berjangkit bawaan virus yang cukup berbahaya. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti cacar, kemungkinan 80%  kanak-kanak tersebut akan meninggal dunia dalam tempoh dua minggu sahaja dalam penderitaan.Sebagai selingan, penyakit cacar ini pernah...
Tulang Belakang : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Tulang Belakang : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung. Tulang belakang yang menyokong badan...
Penyakit Disleksia

Penyakit Disleksia

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali   Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu “DYN” bermaksud susah dan “LEXIA” bermaksud tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Istilah ‘buta huruf’ juga boleh digunakan untuk kategori ini....
Misteri Penyakit Parkinson

Misteri Penyakit Parkinson

  Oleh : Mazira Mohamad Ghazali Penyakit Parkinson merupakan salah satu daripada gangguan saraf yang paling kompleks dan mengelirukan. Puncanya masih misteri, tetapi kajian masih diteruskan dengan pelbagai penemuan baru dilaporkan. Penyakit Parkinson  pertama kali ditemui pada tahun 1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah rencana yang dipanggil The Shaking Palsy. Dalam...
Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib

Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib

  Oleh : Mazira Mohamad Ghazali   Negara kita, Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri perubatan tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan...
Memahami Penyakit Strok

Memahami Penyakit Strok

  Oleh : Mazira Mohamad Ghazali   Strok (angin ahmar) merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan gangguan bekalan darah ke bahagian-bahagian otak yang mengakibatkan bahagian tersebut tidak mendapat cukup oksigen. Biasanya penyakit ini menyerang seseorang secara tiba-tiba sehingga boleh menyebabkan kematian ataupun lumpuh separuh badan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan...
Habbatus Sauda' Bijirin Untuk Kesihatan

Habbatus Sauda’ Bijirin Untuk Kesihatan

Oleh : Rabiatul Adawiah bt Zainal Abidin Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI     Habbatus Sauda' terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam.               Tahukah anda Habbatus...
Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

  Oleh : Mazira Mohamad Ghazali   Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu...
Penyakit Epilepsi

Penyakit Epilepsi

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali Epilepsi (epilepsy) adalah satu daripada gangguan otak pertama yang dapat dijelaskan dan dinyatakan sejak zaman Babylon purba lebih daripada 3000 tahun yang lampau. Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud serangan. Epilepsi merupakan masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf ataupun sel neuron tertentu yang menyebabkan otak tidak berfungsi...
Keguguran Rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat

Keguguran Rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat

Oleh : Dr. Zubaidi Hj. Ahmad -Senior Medical Doctor di Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru Johor -CEO di Johor Medical Consultant and Training Johor Bahru. http://drzubaidi.wordpress.com/ Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala. Rambut...
Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden

Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden

Oleh: Muhamad Hanafi Bin Muhamad Hashim Program Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia   Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia...


Jangan Naik Berat Badan Ketika Ramadhan!

Diterbitkan pada 28/08/2010. 0 komen diterima.
Artikel ini diterjemahkan dan diubahsuai dari artikel “5 Ways To Avoid Ramadhan Weight Gain” olehMubarakah Ibrahim. Sumber teks hadis dirujuk dari “Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah Rasulullah.”
Puasa merupakan bentuk ibadah yang kita lakukan semata-mata kerana Allah, mengharapkan hanya balasanNya dan keredhaanNya. Kita mesti sentiasa beringat dan memperbetulkan niat kita, agar niat kita hanyalah dua perkara tersebut. Ramadhan adalah bulan di mana kita menyegarkan rohani kita. Kita banyak membaca artikel-artikel mengenai kelebihan puasa secara fizikal, dan kita banyak berbicara tentang faedah-faedah berpuasa bagi tubuh badan kita. Namun puasa Ramadhan, bukan itu tujuannya. Adalah amat penting untuk kita sedar, bahawa niat puasa kita adalah semata-mata kerana Allah, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni (oleh Allah).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 38.
Walaupun begitu, dari perspektif praktikal mengenai puasa, setiap tahun kita sering tersasar daripada sunnah, dan kita menanggung akibatnya – kenaikan berat badan. Yang seterusnya membawa kepada kepenatan dan menghalang kita dari berjaga melakukan ibadah malam, sekaligus mengganggu tumpuan dan konsistensi kita beribadah. Kita janganlah berniat bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk ber-”diet”, sebaliknya hendaklah kita berusaha menjadikannya bulan yang tidak membahayakan tubuh badan. Tips-tips berikut merupakan tips pemakanan bagi menghalang kenaikan berat badan di bulan ini:

Makan Protein Ketika Sahur

Sahur, sepertimana sarapan, merupakan masa makan yang paling penting dalam seharian. Begitu juga, ia merupakan sunnah yang amat penting. Ketika bersahur, kawal diri anda dan jangan makan dengan beranggapan ianya “stok” atau bekalan untuk makanan seharian yang anda tinggalkan ketika berpuasa. Kita bukannya ikan paus, perut kita bukan besar sangat. Jangan beranggapan bahawa anda memakan 5 pinggan nasi berbanding kebiasaan 3 pinggan, membuatkan anda akan lebih tahan lapar. Kalori daripada karbohidrat, contohnya roti, nasi dsb, dibakar/digunakan lebih cepat berbanding protein. Walaupun tentulah mustahil nak mengelak dari lapar sepanjang hari berpuasa, namun kita boleh melambatkan masa untuk kita lapar, dengan memakan sahur yang banyak protein. Contohnya memakan nasi bersama lauk telur, ayam, ikan dsb, akan bertahan lebih lama berbanding makanan yang semata-mata karbohidrat.

Banyakkan Minum Air Ketika Berbuka

Berpuasa amat mudah menyebabkan diri anda menjadi dehydrated (kurang air), kerana kita menghabiskan separuh hari kita tanpa meminum air. Mengikut sunnah, apabila Rasulullah s.a.w tidak dapat berbuka dengan kurma, maka baginda akan berbuka dengan air.
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
Air merupakan bahagian yang penting dalam diet makanan seharian, meskipun ketika berpuasa. Orang selalu mengganggap dehydrated sama dengan lapar. Apabila kita berbuka puasa, maka kita makan dengan banyak hingga terlupa yang kita sedang dehydrated. Oleh itu hendaklah kita berbuka dengan air, sekurang-kurangnya dua gelas, sebelum memakan juadah berbuka puasa kita. Kemudian, makanlah dengan perlahan dan terkawal, iaitu dengan niat untuk menyegarkan diri dan bukannya untuk memuaskan perasaan lapar.

Makan Secara Terkawal

Salah satu kegembiraan bagi orang yang berbuka, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis kursi, adalah bahawasanya orang berpuasa itu ada dua kegembiraan – pertama ketika dia berbuka maka dia gembira, dan kedua adalah ketika dia membawa puasanya itu kepada Allah di akhirat kelak, maka dia juga gembira. Tiada kegembiraan yang setanding dengan kegembiraan apabila berpuasa sepanjang hari, lantas duduk menghadap limpahan juadah berbuka yang diidamkan sepanjang hari – dari ayam percik, hinggalah ke kuih muih. Namun tidak banyak yang setanding dengan keupayaan kita mengawal diri sendiri, apabila berhadapan dengan situasi sedemikian!
Kita mesti ingat, bahawasanya lapar kita adalah kerana ibadah yang kita lakukan, dan sebagai seorang Muslim kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan ibadah sunnah dalam melakukan sesuatu perkara. Ingatlah pesan Rasulullah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas – “Kaedah Satu Pertiga.” Iaitu satu pertiga makanan, satu pertiga minuman, dan satu pertiga lagi dibiarkan kosong (udara). Apabila kita berbuka puasa dengan tidak mengikut sunnah tersebut, maka kita tidak mengikut cara Rasulullah dan kita tidak mengikut cara yang terbaik bagi badan kita.
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Ramadhan adalah bulan dimana kita melatih untuk mempunyai kawalan ke atas diri masing-masing. Kawalan diri dan disiplin tidak bermaksud hanya di siang hari. Latihan ini bermula dari awal pagi sehinggalah menjangkaui pagi esoknya, dan tidak terhad kepada perbuatan kita tetapi juga pada sikap kita. Kita boleh melihat “hasil latihan” ini tatkala kita duduk menghadap juadah berbuka. Jom muhasabah!

Hadkan Makanan Manis

Makanan yang manis merupakan antara godaan yang terbesar setiap kali Ramadhan, tak kira dari negeri mana sekalipun. Dari semanis-manis cekmekmolek, dodol, bengkang dan pelbagai lagi. Bulan Ramadhan, adalah bulan kita menjustifikasikan pengambilan gula kita. “Ala, seharian tak makan manis, apa salahnya lebih gula” Namun hakikatnya tetap sama, kalori tetap kalori dan banyak kalori tetap akan berhimpun.
Ya, takkan la sampai tak manis langsung. Nikmatilah sepotong tepung talam hanya SELEPAS anda berbuka dengan juadah yang seimbang, serta selepas anda solat maghrib. Dengan cara itu, ia memberi masa kepada sistem penghadaman anda untuk selesai menguruskan makanan yang telah anda makan ketika berbuka. Setelah itu cukuplah makan sedikit untuk memaniskan mulut, bukan untuk kenyang, dan berilah peluang kepada orang lain pula untuk menikmati kuih muih tersebut. Dan dengan menunggu selepas solat, ia membolehkan kita mengambil masa 15 ke 20 minit untuk otak kita memahami bahawa kita telah kenyang.

Hindari Makan Lewat Malam

Setelah kita penat beribadah di malam hari, kita sering singgah sebentar di dapur untuk melihat apa-apa juadah yang masih belum kita nikmati. Jangan begitu, biarlah waktu malam khusus untuk kita beribadah, ia lebih menguntungkan. Tetapi katakanlah anda tertinggal alQuran anda di atas peti sejuk (ececece…  :roll: ), maka ambillah sedikit makan berprotein berbanding makanan manis @ kuih yang belum habis. Memakan karbohidrat (kuih muih) dan makanan manis di malam hari, meningkatkan kemungkinan bahawa karbohidrat itu ditukar dan disimpan dalam bentuk lemak. Dengan memakan protein, ia menyeimbangkan tahap insulin anda, sekaligus membuatkan anda kenyang lebih lama.
Semoga Allah memberkati setiap pembaca di bulan Ramadhan ini. Jika anda mendapati artikel ini bermanfaat, maka hadiahkanlah serangkap doa kepada penulis asalnya dan penterjemahnya, dan jika anda mendapati apa-apa kesilapan maka berdoalah semoga Allah mengampunkan kami. =)
Selamat berpuasa!







Healthy Eating

Download

No comments:

Post a Comment